Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib sebut mengenai akta antiberita palsu di hari wartawan

Dalam keadaan ironi, perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah diwartakan semasa pelancaran Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang pertama di Kuala Lumpur petang ini.

Bercakap kepada editor dan wartawan, beliau berkata: "Saya gembira mengumumkan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah menerima persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong dan telah diwartakan hari ini."

Sebelum ini akta berkenaan mendapat kritikan dan kebimbangan daripada kumpulan kebebasan akhbar, Kesatuan Wartawan Kebangsaan dan pemerhati antarabangsa.

Mengakui kebimbangan pengamal media, Najib berikrar bahawa undang-undang baru itu tidak akan menyekat hak mereka untuk melaporkan berita.

"Saya mengakui bahawa segelintir wartawan merasa bimbang tentang bagaimana akta tersebut seharusnya digunakan untuk menyekat hak mereka untuk melaporkan berita.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pandangan ini tidak tepat dan palsu, kerana Seksyen 8A Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 telahpun menjadikan ia satu kesalahan untuk menerbitkan berita palsu," katanya.

Hari Wartawan Nasional akan disambut pada 29 Mei setiap tahun.

Malaysiakini tidak dijemput ke forum berkenaan yang dihadiri oleh editor kanan dari akhbar arus perdana.

Selain media tempatan, hadir wakil dari Persatuan Wartawan Indonesia dan sekelompok wartawan dari China.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS