Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: PAS ada 196 kawasan, bertanding 160 kerusi parlimen
Diterbitkan:  Apr 17, 2018 8:25 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

PRU14 | Sehari selepas mengumumkan bakal bertanding lebih 150 kerusi parlimen, PAS malam tadi tampil dengan jumlah yang lebih jelas.

Kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu bersama rakannya dalam Gagasan Sejahtera akan meletakkan calon di 160 kerusi.

Untuk rekod jumlah kerusi parlimen ketika ini ialah 222. Jika langkah itu menjadi kenyataan, bermakna hanya 62 kerusi yang dibiarkan oleh PAS daripada percaturan mereka.

"Insya-Allah dengan jumlah (rakan gabungan dan anggota PAS yang ada) kita akan bertanding 160 kerusi lebih kurang. Ooo, banyak 160 kerusi," katanya disambut dengan laungan takbir.

Semalam Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan parti itu akan meletakkan calon di "lebih 150 kerusi parlimen" dan ia adalah percaturan tertinggi pernah dilakukan mereka setakat ini.

Untuk rekod berdasarkan kepada PRU ke-13, Umno meletakkan calon mereka di 121 kerusi.

Takiyuddin juga berkata PAS sudah memuktamadkan 95 peratus daripada calon yang akan mewakili parti berkenaan setakat ini.

Katanya PAS juga akan bertanding di sebahagian besar daripada 587 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara - kecuali Sarawak.

Akui ada jasa baik

Berucap di majlis Gelombang Hijau Perak di Seri Iskandar malam tadi Abdul Hadi berkata PAS ketika ini mempunyai 196 kawasan di seluruh negara dengan jumlah keanggotaan kira-kira sejuta.

Katanya PAS turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan serta parti lain termasuk Parti Ikatan Rakyat Malaysia dan Parti Cinta Malaysia.

Sementara itu dalam ucapan sama, Abdul Hadi sekali lagi mengulas penyertaan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PRU kali ini.

Menggunakan analogi jurulatih skuad bola sepak BN seperti disebutnya di Pulau Pinang semalam, penyertaan Dr Mahathir sebagai calon dibuat kerana HARAPAN tidak mempunyai "pemain mencukupi".

Namun kata Abdul Hadi beliau tidak mahu menghina Dr Mahathir.

"Saya tak mahu hina dia. Saya simpati, ada jasa baik dia, ada... bukan tak ada jasa baik.

"Patutnya (HARAPAN) kesianlah, jangan ke orang tua macam tu, buli macam tu.

"Saya sebut di Pulau Pinang tadi (semalam) baik dia jaga Klinik 1Malaysia, buat kebajikan," katanya tanpa menyebut sebarang nama.

Pada sidang media selepas itu pula Abdul Hadi berkata, PAS menyasarkan untuk mengekalkan kemenangan di Kelantan dan menawan Terengganu, selain mengepalai kerajaan negeri di Kedah, Selangor dan Perak.

Lihat Komen
ADS