Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rentetan peristiwa penting dalam minggu pertama pentadbiran Dr M
Diterbitkan:  May 18, 2018 9:05 AM
Dikemaskini: 2:38 AM

Kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 minggu lalu turut menyaksikan rentetan peristiwa penting yang berlaku selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan tugas sebagai perdana menteri.

Malaysiakini telah menyusun senarai rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lalu.

10 Mei

- Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7

12 Mei

- Majlis Penasihat Kerajaan ditubuhkan

- Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Mohamad Sabu dinamakan mengisi tiga jawatan tertinggi dalam kabinet

- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dilarang meninggalkan negara.

- Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN

13 Mei

- Mahathir mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri mengembalikan cukai yang dikutip 'secara tidak sah'

14 Mei

- Peguam Negara Mohamed Tan Dri Apandi Ali bercuti tanpa rekod, tugas diambil alih oleh peguam cara.

- Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan

- Kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah telah dipendekkan, dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam

- Mahathir berkata undang-undang mengenai berita palsu akan ditakrifkan dengan jelas

- Mahathir berkata pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dikaji semula

15 Mei

- Jabatan Audit mengklasifikasikan semula laporannya terhada[ 1MDB

- Majlis Penasihat tubuh Jawatankuasa Reformasi Institusi

- Apandi Ali, Irwan Serigar, Dzulkifli dan bekas IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar dilarang meninggalkan negara itu

16 Mei

- Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara selepas menerima pengampunan penuh

- Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy juga dilarang meninggalkan negara ini

- Polis geledah rumah Najib

- Kerajaan mengumumkan GST akan berkadar sifar berkuatkuasa 1 Jun

- Mahathir kata 17,000 penjawat awam lantikan politik akan ditamatkan

- Pendaftar Pertubuhan meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan.

- Kementerian diarahkan menghentikan penggunaan slogan 1Malaysia

- Program Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M) berhenti

- Mesyuarat Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan jawatankuasa yang mempunyai anggota lantikan politik akan ditangguhkan

17 Mei

- Mahathir melantik dirinya sebagai menteri pendidikan

- Carian polis di rumah Najib berterusan

- Polis menahan seorang lelaki kerana menghina Mahathir.

- Kementerian Kewangan memulakan pembaharuan fiskal

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS