56 hari penuh debaran buat Najib
Semenjak sebelum pilihan raya umum ke 14 lagi, Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk mengheret perdana menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Razak ke mahkamah mengenai skandal 1MDB jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
Petang tadi, bekas perdana menteri ditangkap di kediamannya dan dijangka akan dihadapkan di mahkamah esok untuk didakwa berhubung transaksi berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Malaysiakini mengimbau kembali beberapa peristiwa besar yang berlaku sepanjang 56 hari semenjak malam 9 Mei, apabila BN dan Umno kehilangan kuasa di Putrajaya sehinggalah membawa kepada penangkapan Najib hari ini.

9 Mei: 'Tsunami' hanyutkan Najib, HARAPAN tawan Putrajaya
12 Mei: Najib letak jawatan presiden Umno, pengerusi BN
16 Mei: Lebih 10 kereta polis, Black Maria tiba di luar rumah Najib
17 Mei: Peguam: Beg tangan dan hadiah dirampas dari rumah Najib
21 Mei: Pasukan khas siasat 1MDB dibentuk
Esok ada cerita menarik, kata bos baru SPRM
22 Mei: Najib: Sesi hari ini sambungan soal siasat 2015
24 Mei: Najib selesai beri keterangan 7 jam di SPRM
5 Jun: Rosmah hadir siasatan skandal SRC International
11 Jun: Polis jumpa barangan mewah di ‘rumah selamat’ Najib
27 Jun: Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif
28 Jun: PM kata Najib didakwa tak lama lagi, Altantuya bicara semula
2 Julai: Lepas hampir 9 jam di SPRM, esok Zahid datang lagi

