Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Langgar je palang tol tuan-tuan, saran Ahmad Maslan
Diterbitkan:  Sep 6, 2018 2:37 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

PRK BALAKONG | Anggota Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan menyarankan para pengundi yang tidak berpuas hati dengan kegagalan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghapuskan tol supaya tidak membayar caj tol yang dikenakan kepada mereka.

"Nak hapuskan tol, adakah mereka (Pakatan Harapan) hapuskan tol? Ada ?

"Saya harap ada yang antara kita ni yang berani melangar palang-palang tol yang berada di mana mana. Langgar je tuan-tuan dan puan-puan palang-palang tol.

"Kalau kena tangkap jangan cari saya. Tuan-tuan jawab sendiri," kata Ahmad kepada kira-kira 50 pengundi Melayu di ceramah MCA di Desa Baiduri Awam, Balakong malam tadi.

Menurut Ahmad, ada antara rakan beliau turut berbuat demikian kerana tidak mahu membayar tol.

"Macam mana cara nak langgar tol, tuan-tuan fikirlah sendiri. Tetapi kalau ada apa-apa hal, ditangkap dan sebagainya, (akan) di bawa ke makahmah dan sebagainya," katanya.

Ahmad dalam ucapannya turut menyentuh mengenai video pemimpin DAP,  Tony Pua sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjanji HARAPAN akan memansuhkan tol sekiranya menjadi kerajaan.

"Saya bertanya di Dewan Rakyat kepada Menteri Kerja Raya yang baru, Baru Bian, bila nak hapus tol ini.

"Dia kata kalau nak hapus tol, kena belanja RM400 bilion. Mana ada duit RM400 bilion. Kenapa kamu janji menghapuskan tol hari itu (sebelum PRU)?

"Kencing dan hancing satu Malaya tuan-tuan dan puan-puan," katanya.

Sebelum ini Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong mengingatkan penduduk bahawa kawasan itu dikelilingi oleh tujuh tol yang ‘mengepung’ mereka.

Menurutnya, penduduk Balakong seakan terperangkap dengan tol kerana terpaksa membayar tol untuk keluar ke Kajang atau Kuala Lumpur.
 

Lihat Komen
ADS