Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Malaysia mohon bantuan Interpol tangkap bekas penasihat media Najib

Mahkamah Sesyen hari ini dimaklumkan bahawa Malaysia telah memohon bantuan Interpol untuk menahan Paul Stadlen, penasihat media bekas perdana menteri Najib Razak.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan perkara itu kepada Hakim Azman Ahmad semasa memfailkan pertuduhan terhadap peguam Hafarizam Harun di Kuala Lumpur hari ini.

Akram berkata pendakwaan telah mendaftarkan kes terhadap Stadlen di mahkamah berasingan dan waran tangkap telah dikeluarkan.

Ini berlainan dengan laporan Bernama semalam, yang memetik sumber dari Pejabat Peguam Negara sebagai berkata bahawa Stadlen telah didakwa tanpa kehadirannya (in absentia) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berhubung pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

Akram memaklumkan kepada hakim bahawa jika Stadlen ditangkap, dia akan didakwa dan berkemungkinan menjalani perbicaraan bersama dengan Hafarizam.

Beliau berkata pihak pendakwaan telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapatkan waran tangkap terhadap Stadlen dan menyerahkannya kepada Interpol.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS