Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Saya sedia tinggalkan wawancara itu tapi tidak tinggalkan rakyat’
Diterbitkan:  Mar 1, 2019 12:51 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Bekas perdana menteri Najib Razak tidak ambil peduli bahawa tindakannya meninggalkan wawancaranya dengan Al-Jazeera telah menyaksikan stesen penyiaran televisyen antarabnagsa itu memenangi anugerah di UK.

"Saya tidak mempunyai masalah meninggalkan wawancara dengan wartawan asing itu selagi saya tidak meninggalkan rakyat," kata Najib di Facebook hari ini.

Wawancara yang dikendalikan oleh wartawan Al-Jazeera, Mary Ann Jolley pada Oktober 2018, menang sebagai wawancara terbaik dalam Anugerah Kewartawanan Televisyen 2019, anjuran Royal Television Society (RTS) di United Kingdom.

Najib meninggalkan wawancara itu selepas diasak mengenai hubungannya dengan tokoh perniagaan kontroversial yang kini menjadi buruan polis, Jho Low.

Jolley juga menekan Najib berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebelum wawancara dengan Najib itu, Jolley pernah diusir keluar dari Malaysia pada tahun 2015 ketika cuba melaporkan kisah tentang pembunuhan Altantuya.

Dalam hantaran hari ini, Najib berkata "obsesi" atau “ketaasuban” Jolley dengan kes itu tidak berasas.

"Tolong beritahu dia bahawa obsesinya sekarang terbukti tidak berasas kerana polis di bawah kerajaan baru tidak menemui bukti untuk mengaitkan saya dengan kematian wanita Mongolia itu.

 “Tiada yang disembunyikan. Beritahu dia teori konspirasi itu salah dan dia hanya menjadi mangsa propaganda politik yang dicipta oleh mereka yang berkuasa hari ini.

"Untuk kali terakhir, saya tidak pernah berjumpa dengan mangsa. Langsung tidak," kata Najib.

Sumber polis memberitahu Malaysiakini minggu lalu bahawa tidak ada bukti yang menghubungkan Najib dengan kes pembunuhan berprofil tinggi, termasuk Altantuya.


Lihat Komen
ADS