Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerusi Jasin kekal milik Umno
Diterbitkan:  Jun 12, 2019 6:38 PM
Dikemaskini: 10:58 AM

Pemimpin Umno Ahmad Hamzah mengekalkan kerusi Parlimen Jasin selepas petisyen pilihan raya yang mencabar kemenangannya ditolak.

Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur hari ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Khairuddin Abu Hassan, yang bertanding di bawah tiket Amanah pada pilihan raya umum 2018.

Khairuddin kalah dengan hanya 219 undi, setelah memperoleh 26,341 undi berbanding 26,560 undi yang diterima oleh Ahmad. PAS mendapat 8,860 undi.

Pada 6 Mac lalu Mahkamah Pilihan Raya menolak bantahan awal anggota parlimen Jasin Ahmad Hamzah untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan Khairuddin selaku pempetisyen.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan perbicaraan penuh bermula pada 11 Mac lalu dengan seramai 44 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

Khairuddin dalam petisyennya menamakan Ahmad sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Parlimen Jasin, Zamrud Yahya responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya responden ketiga.

 

Lihat Komen
ADS