Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Surat Zuraida isu titik bengik, datang saja mesyuarat, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan isu surat yang tidak dibalas yang dibangkitkan oleh naib presidennya, Zuraida Kamaruddin sebagai isu “titik bengik”.

“(Isu ini) titik bengik, saya tak mahu bincang di sini. Datang saja mesyuarat kita bincang.

“Kita bincang masalah peradaban (di sini), bukan soal titik bengik,” katanya kepada pemberita selepas selepas meyampaikan ucapan dalam Persidangan Antarabangsa tentang Sejarah dan Budaya (ICHCC-SEA) kali keenam di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semalam menolak permintaan Zuraida untuk mengadakan mesyuarat ‘perdamaian’ bagi membincangkan isu dalaman PKR.

Sebagai membalas kenyataan Saifudidn, Zuraida kemudiannya menegaskan bahawa tiga surat berkenaan dihantar kepada Anwar, bukannya kepada “setiausaha agung yang cuma dilantik untuk jawatannya”.

Isu surat yang tidak berbalas itu ditimbulkan Zuraida pada 28 Ogos, mendakwa Anwar tidak melayan tiga pucuk surat yang dihantar bagi membincangkan perihal parti itu, dan bagi mengadakan pertemuan untuk usaha ‘perdamaian’.

Hal itu kata Zuraida, merupakan sebab dia tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Anwar bagaimanapun menjelaskan pada 30 Ogos bahawa pihaknya sudah membalas satu daripada tiga surat itu, manakala dua lagi surat lagi akan dibalas oleh Saifuddin.

Pada 18 Julai lalu, Zuraida mengakui berlaku perpecahan dalam PKR dan berkata terpulang kepada Anwar untuk memulihkan perselisihan itu susulan klip video seks yang mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.


Lihat Komen
ADS