Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Putrajaya akan mulakan usaha kedua mansuh Akta Antiberita Tidak Benar

Putrajaya akan memulakan percubaan kedua untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

September tahun lalu, Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 telah ditolak oleh Dewan Negara sekalipun telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong hari ini berkata kerajaan akan membentangkan semula rang undang-undang itu pada sidang bermula 7 Oktober depan.

"[...] AFN ini memerlukan tempoh cooling period satu tahun (selepas) ditolak oleh Dewan Negara tahun lalu.

"Dan ia akan dibentangkan semula pada sesi Parlimen akan datang untuk memansukan akta itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian forum ulang tahun ke-20 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur pagi ini.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat sekali lagi, Liew menjelaskan bahawa ia akan secara automatik diluluskan oleh Dewan Negara tanpa mengira bagaimana senator berkenaan akan mengundi.

"Ia akan melalui proses yang sama (di Dewan Rakyat) sekali lagi, seperti bil baru yang mahu dibentangkan. Kami masih perlu melalui proses di mana rang undang-undang itu [...] perlu dibahaskan sekali lagi.

"[...] Apabila sampai ke peringkat Dewan Negara, maka ia akan tetap diteruskan walaupun anggota dewan itu menolaknya," kata menteri itu semasa sidang media selepas itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS