Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP persoal keperluan universiti awam anjur Kongres Maruah Melayu
Diterbitkan:  Oct 4, 2019 12:00 PM
Dikemaskini: 4:00 AM

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan mengapa beberapa universiti awam di negara ini perlu menganjurkan Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan pada Ahad ini.

Dalam satu kenyataannya, Lim menyoal sama ada empat universiti berkenaan sanggup menganjurkan kongres untuk meningkatkan maruah kaum lain di negara ini.

"Adakah empat universiti awam ini sanggup menganjurkan Kongres Maruah Cina Malaysia, Kongres Maruah India Malaysia, Kongres Maruah Kadazan Malaysia, Kongres Maruah Dayak Malaysia, Kongres Maruah Orang Asli Malaysia dan yang paling penting, Kongres Maruah Rakyat Malaysia?

"Martabat bagi rakyat Malaysia adalah jika setiap kumpulan etnik dan agama di Malaysia menikmati maruah masing-masing - yang selari dengan prinsip asas dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukunegara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Kongres itu anjuran Pusat Pengajian Kecemerlangan Universiti Malaya dengan kerjasama bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM. Ia bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Ahad ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Khaled Nordin - yang juga bekas menteri pendidikan tinggi - mendakwa bahawa Bersatu menggunakan universiti awam sebagai alat untuk menganjurkan kongres.

Lim dalam kenyataannya turut mempersoalkan sekiranya Kongres Maruah Melayu itu antara lain mampu merangka strategi bagi rakyat Malaysia untuk menjadi lebih yakin dan memerangi ketakutan yang dibayangkan supaya ini boleh membawa negara ke "zaman kegemilangan".

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual akan merasmikan kongres itu pada Ahad nanti dengan kehadiran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan Umno. Walau bagaimanapun, Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak diundang.

Penganjur kongres itu berkata majis berkenaan akan membincangkan isu-isu yang melibatkan pendidikan, agama, budaya, politik dan ekonomi dari perspektif Melayu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS