Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Demo ‘mahasiswa bersama VC’: Polis tahan pelajar wanita

Polis hari ini menhan seorang pemimpin pelajar wanita yang berdemo di hadapan pintu pagar Universiti Malaya (UM) bagi menzahirkan sokongan terhadap Naib Canselor (NC) universiti itu.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang apabila pihak polis mengarahkan pelajar supaya menghentikan ucapan mereka dan bersurai.

Pihak berkuasa juga telah merampas sistem audio mudah alih yang digunakan sebagai pembesar suara untuk menyampaikan ucapan semasa bantahan yang dihadiri oleh kira-kira 30 pelajar.

Menurut Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Muhammad Ikhwan Nasyriq Salahin, yang adalah penganjur bantahan itu, pemimpin pelajar yang ditangkap adalah ketua sayap wanita Gamis, Maizatul Afirah Ayub.

"Polis pada awalnya memberitahu bahawa mereka mahu menahan Maizatul kerana dia tidak membawa MyKad, namun selepas Maizatul menunjukkan MyKadnya, polis kata dia ditahan kerana kami tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan.

"Kita akan ke balai polis Pantai kerana dia dibawa ke sana," katanya ketika ditemui di lokasi perhimpunan itu.

Demonstrasi itu bermula sejurus selepas Solat Jumaat di masjid Ar Rahman berhampiran UM, kira-kira jam 2 petang sebagai membantah tindakan ke atas seorang graduan UM, Wong Yan Ke yang melakukan protes terhadap Abdul Rahim selepas menerima skrol ijazah pada hari konvokesyen UM awal bulan ini.

Tidak jelas di bawah undang-undang mana pelajar itu ditangkap, kerana percubaan oleh pemberita untuk mendapatkan ulasan daripada pihaj polis di lokasi tidak berjaya. Seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai DSP Azam, memberitahu media supaya mengajukan segala soalan kepada ketua polis daerah.

Malaysiakini telah menghubungi ketua polis daerah Brickfields, Zairulnizam Mohd Zainuddin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS