Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Permohonan Najib singkir Sri Ram dari kes 1MDB dibicarakan tahun depan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 9 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Najib Razak dan peguam Muhammad Shafee Abdullah, yang cuba menyingkirkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram daripada mendakwa mereka dalam kes berkaitan 1MDB.

Menurut seorang peguam yang terlibat dalam perkara itu, tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Mariana Yahya semasa pengurusan kes pagi ini.

Walau bagaimanapun, tarikh itu masih bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan.

"Hakim menetapkan 9 Mac untuk mendengar kes itu. Ini adalah pendengaran sehari.

"Dia juga menetapkan 28 Feb untuk pengurusan kes dan hujahan seterusnya. Ketika itu, kita akan dapat mengesahkan jika tarikh perbicaraan berkenaan muktamad atau akan ditetapkan pada tarikh lain," kata Farhan Shafee kepada wartawan.

Farhan, yang mewakili bekas perdana menteri dan Shafee, berkata tarikh pendengaran tertakluk kepada perubahan selanjutnya disebabkan oleh perbicaraan lain yang melibatkan kedua-dua mereka.

Najib dan Shafee, masing-masing telah memfailkan permohonan berasingan untuk kebenaran semakan kehakiman terhadap pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan jenayah terhadap mereka yang dikaitkan dengan firma pelaburan negara yang bermasalah itu.

Ini termasuk kes 1MDB yang sedang dibicarakan dengan Najib berdepan tuduhan jenayah membabitkan penyelewengan dana lebih RM2.28 bilion.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS