Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Musa Aman bebas 46 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dibebaskan daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak di negeri itu.

Terdahulu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pihak pendakwaan memohon untuk menggugurkan semua pertuduhan dalam kedua-dua kes (rasuah dan pengubahan wang haram) yang dihadapi Musa.

Peguam Francis Ng Aik Guan, yang mewakili Musa pula berkata kes itu perlu ada pengakhiran dan oleh itu pihaknya memohon kepada mahkamah memberi keputusan yang wajar iaitu dengan melepaskan dan membebaskan anak guamnya kerana dibimbangi tertuduh akan didakwa semula.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin menggunakan budi bicara hakim untuk melepaskan dan membebaskan Musa, 69 tahun, daripada semua tuduhan ketika prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam bela Musa Francis Ng mengesahkan anak guamnya telah dibebaskan.

"Ya, semua tuduhan ditarik dan Tan Sri (Musa) dilepas dan dibebaskan sama sekali," kata Ng.

Terdahulu, dilaporkan Musa telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 46 pertuduhan terhadapnya.

Musa, menghadapi 30 pertuduhan kes rasuah sebagai ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, telah secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah US$50.1 juta.

Beliau turut menghadapi 16 pertuduhan iaitu secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram daripada beberapa individu.

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS