Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 6pm | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (14 Okt)

Senarai terdahulu: 8 Okt, 9 Okt, 10 Okt, 11 Okt, 12 Okt, 13 Okt

Berikut adalah pelbagai kawasan yang dilaporkan terjejas oleh Covid-19 pada hari ini.

Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa selaras dengan pengumuman yang dibuat.

Jika anda mengetahui ada sebarang lokasi yang disahkan merekodkan kes Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, ia boleh dimaklumkan kepada kami melalui e-mel [email protected].

Untuk lokasi yang terjejas sejak 14 hari lalu, lawati laman penjejak yang dibangunkan Kini News Lab ini. 


PERNIAGAAN

  • Supermarket Tong Hing cawangan Gaya, Kota Kinabalu

Selepas seorang pekerjanya dikesan positif pengurusan pusat beli-belah itu menutup operasi sejak jam 9 pagi tadi untuk kerja nyah kuman

Notis daripada pihak pengurusan memberitahu pekerja berkenaan ada kontak dengan seorang ahli keluarganya yang dijangkiti virus tersebut.

  • Restoran Hasanah, Ranau

Pejabat kesihatan daerah menyatakan ada satu kes dikesan di premis ini.

Orang ramai yang mengunjungi atau memesan makanan dari restoran itu antara 19 Sept hingga 5 Okt digesa mengisi butiran yang diperlukan dalam e-borang atau menghubungi 08-875361 / 019-6052498 untuk langkah pengesanan.

  • Jalen Sdn Bhd, Kulai, Johor

Semalam Sin Chew Daily melaporkan seorang pekerja di kilang sos ini didapati positif pada 12 Okt.

  • Klinik Mediviron, Desa Parkcity Waterfront Mall, Kuala Lumpur

Seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik pada 8 Oktober disahkan positif.

Klinik dimaklumkan tentang perkara itu pada 13 Oktober lalu, menurut pusat beli-belah itu dalam satu notis kepada pengunjung.


SEKOLAH

  • Sek Keb Lekir, Sitiawan

Sekolah berkenaan ditutup seminggu sehingga 20 Okt. Berdasarkan laporan Sin Chew Daily, ada satu kes dikesan di sekolah terbabit.

  • SJKC Serdang Baru 2, Serdang Jaya

Seorang pelajar tahun 5 dikesan positif. Hal itu disahkan pengurusan sekolah terbabit kepada Sin Chew Daily.

Ekoran kes itu semua pelajar yang sama kelas dan guru bertugas di situ akan disaring.

  • Sri Bestari International School, Kuala Lumpur

Seorang guru sekolah ini dijangkiti Covid-19 menurut notis kepada ibu bapa yang dipaparkan di sekolah bersebelahan, Sri Bestari Private School pada 12 Oktober.

  • SMK Taman Rinting 2, Johor Bahru

Oriental Daily melaporkan seorang pelajar disahkan positif. Ia memetik pihak sekolah yang mengesahkan surat berkenaan penutupan sekolah bermula 14 hingga 20 Oktober untuk kerja nyahjangkitan, berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara pada 9 Oktober.

  • SK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor

Sekolah diarahkan tutup bermula 13 hingga 19 Oktober, selepas satu kes Covid-19 dikesan di sana.

Bagaimanapun semua sekolah di Lembah Klang kini ditutup sehingga 27 Oktober susulan penguatkuasaan PKPB.


KEMUDAHAN AWAM

  • Masjid Bukit Bendera, Metakab

Seorang individu positif Covid-19 mengunjungi masjid berkenaan baru-baru ini. Menurut seorang pegawai masjid terbabit, lelaki itu datang untuk bersembahyang Jumaat pada minggu lalu.

Ekoran insiden itu masjid berkenaan ditutup selama seminggu - atau sehingga 19 Okt - untuk kerja-kerja sanitasi.


PEJABAT

  • Menara Public Bank, Kuala Lumpur

Seorang kakitangan yang bekerja di sini didapati positif pada 12 Okt tetapi dia tidak hadir untuk bertugas sejak 10 Okt, kata bank terbabit.

  • Wisma PPZ-MAIWP, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Ahmad Shukri Yusoff mengesahkan beberapa kakitangan mereka positif Covid-19.

Katanya Wisma PPZ di Taman Shamelin Perkasa dan pejabat serta semua kaunter agensi itu di Putrajaya ditutup mulai 13 Okt hingga 27 Okt untuk membolehkan proses menyah kuman dijalankan.

Bagaimanapun urusan pembayaran zakat tetap boleh dijalankan melalui perkhidmatan dalam talian di portal www.zakat.com.my atau perbankan elektronik.

Semua kakitangan PPZ-MAIWP juga diarah untuk menjalankan ujian saringan dan melakukan kuarantin sebagai langkah pencegahan.


PETEMPATAN

  • Kondominium Nova Saujana, Shah Alam

Seorang penduduk di Blok B dikesan positif pada 12 Okt.

Menurut notis yang dikeluarkan pengurusan petempatan terbabit, individu berkenaan baru pulang dari Sabah dan mengambil keputusan membuat kuarantin kendiri sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans pada hari dia disahkan dijangkiti Covid-19.

  • Kampung Padang Che Mas Dalam Wang, Baling

Kes positif membabitkan seorang penduduk kampung ini dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah pada 13 Okt.

  • Kampung Masjid, Kuala Ketil

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah turut memaklumkan ada satu kes positif dikesan di kampung ini semalam.

  • Desa Puteri, Rawang

Menurut Adun Kuang Sallehuddin Amiruddin, sekurang-kurangnya 1 orang daripada kawasan ini dikenal pasti positif hari ini.

Difahamkan mereka termasuk beberapa pelajar sekolah.

  • Kondominium Flora Damansara, Petaling Jaya

Beberapa orang yang tinggal dalam satu rumah di Blok H disahkan positif semalam.

Menurut pejabat pengurusan kondominium, kerja pembersihan telah dibuat dan pengunjung dilarang ke blok itu buat masa ini.

Lihat Komen
ADS