Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sebuah NGO menyalurkan bantuan kepada anak daripada keluarga fakir miskin untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Islamic Relief Malaysia (IRM) menyampaikan sumbangan tajaan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada lapan pelajar lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan tujuh pelajar cemerlang pelbagai peringkat.

Dalam kenyataannya hari ini, IRM berkata sebanyak 40 pek makanan bersama kit kebersihan turut diagihkan kepada pelajar terlibat.

Pakar program IRM Noor Halimahton Sa'diah Talib berkata, bantuan itu sebahagian daripada program pendidikan menyeluruh belia (HEY) anjuran mereka yang turut menawarkan kelas tambahan percuma kepada pelajar fakir dan miskin.

"Alhamdulillah, kami menerima maklum balas yang positif daripada para pelajar, ibu bapa juga guru-guru yang terlibat.

“Kebanyakan ibu bapa mengakui program ini berjaya memberi impak yang baik kepada perkembangan pembelajaran juga jati diri anak-anak mereka,” kata Noor Halimahton.

IRM merupakan organisasi bantuan kemanusiaan yang ditubuhkan di United Kingdom pada tahun 1984 dan dirasmikan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2005.

Lihat Komen
ADS