Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penghakiman majoriti dan minoriti dalam kes hina mahkamah terhadap Mkini
Diterbitkan:  Feb 19, 2021 3:24 PM
Dikemaskini: 11:47 AM

Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa Malaysiakini bertanggungjawab atas kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya dan menjatuhkan denda sebanyak RM500,000 kepada media berkenaan.

Bagaimanapun ketua pengarangnya, Steven Gan didapati tidak bersalah atas tuduhan yang sama.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf menyampaikan keputusan majoriti 6-1 dengan hakim yang tidak bersetuju adalah hakim Mahkamah Persekutuan, P Nallini.

Selain Rohana, anggota panel hakim lain yang membuat keputusan majoriti adalah Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim; dan hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat dan Abdul Rahman Sebli.

Ini merupakan pertama kali Malaysiakini menghadapi tuduhan menghina mahkamah sejak penubuhannya 21 tahun lalu.

Baca ringkasan penghakiman MINORITI dan MAJORITI:

Berita berkaitan:

Mahkamah Persekutuan putuskan M'kini hina mahkamah melalui komen pembaca

Malaysiakini rayu ihsan orang ramai kutip RM500,000

Pesuruhjaya Tinggi Britain dan Kanada pandang serius kes Mkini

Didenda RM500k kerana komen pembaca hina mahkamah

LANGSUNG: Jumlah denda yang besar sangat mengecewakan, kata Gan


Lihat Komen
ADS