Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Najwa Latif mengingatkan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 patut dititikberatkan kerana perkara itu boleh memberi kesan besar dalam usaha membanteras wabak itu.

“Tak kira selebriti mahupun tidak, semua orang memainkan peranan yang besar dalam hal ini dan kita patut cuba untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab.

“Setiap apa yang kita lakukan, kita perlu lebih berhati-hati dan memahami setiap tindakan yang kita lakukan, perkara tersebut akan mempengaruhi orang lain,” kata penyanyi itu kepada Malaysiakini.

Najwa diminta mengulas isu segelintir selebriti dan orang kenamaan (VIP) yang dibidas warga maya apabila memuat naik memuat naik foto dan video melanggar SOP.

Perkara itu dikritik sebagai “pilih kasih” dalam penguatkuasaan.

Antara terpalit kontroversi itu ialah pelakon Noor Neelofa Mohd Noor susulan majlis perkahwinannya (bawah) dengan pendakwah selebriti Haris Ismail didakwa tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Pada 9 April lalu, Neelofa menerusi video di Instagram memohon maaf susulan dakwaan melanggar SOP sewaktu majlis perkahwinannya dan semasa mengunjungi Pulau Langkawi.

Menteri kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk selebriti dan VIP yang melanggar SOP.

Katanya tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang.

Polis cadang Neelofa dikompaun

Sementara itu, media melaporkan polis sudah menyerahkan kertas siasatan majlis perkahwinan Neelofa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya mencadangkan kompaun terhadap pasangan terbabit kerana ingkar SOP.

Lihat Komen
ADS