Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kecoh di Sg Baru: Muka ketua polis Dang Wangi berlumuran darah

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengalami kecederaan ketika operasi pengosongan kediaman terhadap penduduk Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur yang enggan berpindah.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kekecohan tercetus apabila beberapa penduduk cuba merempuh masuk ke kawasan operasi.

Tindakan sekumpulan penduduk dan orang ramai itu disekat oleh pihak polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertegas.

Pertembungan itu mengakibatkan ada pihak tertentu yang membaling objek keras ke arah polis dan dipercayai terkena kepala Sulizmie.

Pihak polis meminta orang ramai beredar dengan segera sebelum tindakan tegas diambil.

Susulan kejadian itu, Sulizmie kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan kembali tenang selepas pihak polis mengeluarkan amaran keras terhadap orang ramai yang menimbulkan kekecohan.

Gambar Sulizmie dengan darah mengalir di muka beredar di kalangan pengamal media.

Operasi berkenaan yang turut melibatkan pemotongan bekalan elektrik, bermula awal pagi ini diketuai oleh bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Operasi pengusiran hari ini adalah percubaan kedua sejak Julai oleh pihak berkuasa untuk mengusir 14 penduduk di kawasan itu, yang bersebelahan dengan Kampung Baru.

Pengusiran itu - yang dijalankan melalui perintah mahkamah - adalah untuk memberi laluan pembangunan semula kawasan itu oleh KL City Gateway Sdn Bhd.

Majoriti penduduk telah berpindah selepas menerima tawaran pembelian daripada syarikat itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS