Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar bantah tindakan Norway batalkan lesen peluru berpandu LCS
Diterbitkan:  May 14, 2026 11:09 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap tindakan unilateral Norway yang membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu antikapal (NSM) serta sistem pelancar berkaitan bagi program kapal tempur pesisir (LCS) negara atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.

Dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini, Anwar berkata perkara itu disuarakan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Jonas Gahr Støre.

Tegasnya, Malaysia telah memenuhi setiap obligasi kontrak berkenaan secara setia dan tanpa ragu-ragu sejak 2018, namun Norway gagal memberikan tahap kepercayaan yang sama.

Dia turut memberi amaran bahawa tindakan membatalkan kontrak secara sebelah mata akan menjejaskan kredibiliti pembekal pertahanan Eropah sebagai rakan strategik.

"Kontrak yang ditandatangani adalah instrumen yang suci. Ia bukannya sesuatu yang boleh diambil muda.

“Jika pembekal pertahanan Eropah beranggapan mereka boleh mengingkari perjanjian tanpa sebarang tindakan, kedudukan mereka selaku rakan strategik boleh terhakis,” kata perdana menteri lagi.

Kementerian Luar Norway dilaporkan telah menarik balik beberapa lesen eksport berkaitan teknologi tertentu sebagai sebahagian daripada langkah negara itu memperketat kawalan eksport.

Menurut laman web syarikat Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), perolehan peluru berpandu anti-kapal (NSM) itu dimeterai antara TLDM dan KDA pada April 2018 dengan nilai kontrak 124 juta euro (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam kapal LCS baharu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS