Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Kini bergelar presiden, George Weah kembali ke padang
Diterbitkan:  Sep 12, 2018 9:23 PM
Dikemaskini: 2:05 PM

Kali terakhir George Weah, yang kini merupakan Presiden Liberia beraksi dalam perlawanan profesional bola sepak adalah 15 tahun lalu.

Semalam, hanya beberapa minggu sebelum hari ulang tahun ke-52, Weah kembali ke padang mengetuai pasukan negaranya dalam perlawanan persahabatan menentang Nigeria.

Meskipun perlawanan itu diadakan sempena mengiktiraf jersi nombor 14 yang sinonim dengannya, ia bukan sekadar gimik.

Sebaliknya, beliau bermain selama 79 minit perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 2-1 untuk Nigeria.

Dalam perlawanan itu, Weah sempat menunjukkan sisa satu setengah dekad pengalamannya sebagai pemain bola sepak bertaraf dunia.

Weah pernah mewakil pelbagai kelab terkemuka termasuklah Monaco, PSG, AC Milan, Manchester City dan Chelsea.

Tidak cukup dengan itu, pada 1995, beliau diiktiraf sebagai pemain terbaik dunia dan mendapatkan penghargaan Ballon d'Orsekali pada tahun sama yang menjadikan Weah satu-satunya pemain Afrika yang meraih dua penghargaan itu.

Popularitinya sebagai pemain bertaraf dunia membantu Weah memenangi kerusi Presiden Liberia pada Disember tahun lalu menggantikan Ellen Johnson Sirleaf.

Penyerahan kuasa itu menjadi titik bersejarah bagi Liberia kerana untuk pertama kali ia berjalan secara demokratik.

Sebaik diangkat menjadi presiden, beliau langsung mengumumkan agar gajinya dipotong bagi membantu ekonomi Liberia yang sedang dalam keadaan buruk.

Dalam ucapannya ketika mengumumkan perkara itu, Weah juga berjanji untuk memerangi segala bentuk rasuah yang melemahkan ekonomi negaranya.


BERITA BERKAITAN
George Weah potong gaji sendiri demi Liberia
Wenger cadangkan kisah hidup Weah difilemkan
Weah tekad mahu 'jaringkan gol' selepas jadi presiden
Antara presiden bola dan PM golf

Lihat Komen
ADS