Arkib - 24 Ogos 2012

MCA: DAP terima ahli Umno lompat parti

MCA: DAP terima ahli Umno lompat parti

Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan mempertikai usaha DAP memperkenal undang-undang anti-lompat parti kerana parti itu sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu.
'Selamatkan Jalan Sultan' mahu berarak  30 Ogos

'Selamatkan Jalan Sultan' mahu berarak 30 Ogos

NONE Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang merancang satu perarakan ketika sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-55 untuk menekan kerajaan supaya mengekalkan kawasan tersebut daripada kesan pembinaan projek MRT.
Dr M tidak hina institusi beraja, kata DPP

Dr M tidak hina institusi beraja, kata DPP

NONE Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyatakan apa-apa perkara menghasut ketika perdebatan mengenai pindaan perlembagaan 1993, kata pendakwaan dalam perbicaraan kes hasutan ke atas MP Bukit Gelugor Karpal Singh.
Nazri tolak cadangan undang-undang lompat parti

Nazri tolak cadangan undang-undang lompat parti

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menubuhkan undang-undang anti-lompat parti bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan.
Polis tumpaskan 'Geng Bumper'

Polis tumpaskan 'Geng Bumper'

Polis menumpaskan 'Geng Bumper' yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan sekitar ibu negara berikutan tertangkapnya empat lelaki di Jalan Gajus, di Kuala Lumpur, 8 Ogos lalu.
Ku Li: Sokong tuntutan royalti tak jejas BN

Ku Li: Sokong tuntutan royalti tak jejas BN

MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sokongannya kepada tuntutan royalti minyak Kerajaan PAS Kelantan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN.
SPRM bebaskan Phang daripada tuduhan rasuah

SPRM bebaskan Phang daripada tuduhan rasuah

Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali hari ini mengesahkan bahawa bekas anggota panel suruhanjaya itu, Tan Sri Robert Phang bebas daripada tuduhan rasuah.
DAP gesa S'gor gubal undang-undang lompat parti

DAP gesa S'gor gubal undang-undang lompat parti

MP Puchong Gobind Singh menggesa kerajaan Selangor supaya mengikut jejak langkah Pulau Pinang yang mengumumkan untuk menubuhkan undang-undang ant-lompat parti.
50,000 pelatih baru PLKN mula latihan 9 Sept

50,000 pelatih baru PLKN mula latihan 9 Sept

Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata semua bekas pelajar sekolah yang layak menyertai program itu menerima surat masing-masing daripada jabatannya atau melalui laman sesawang atau SMS.
Janji Demokrasi: Jumlah peserta bukan isu

Janji Demokrasi: Jumlah peserta bukan isu

NONE Jurucakap Janji Demokrasi, Hishamuddin Rais berkata soalnya adalah orang yang hadir pada malam itu memakai pakaian warna kuning – warna yang dipilih untuk kempen BERSIH.
Exco: Mayat wanita dibakar seorang Islam

Exco: Mayat wanita dibakar seorang Islam

m nagamah kamasanthren 220812 Keluarga kepada wanita yang abu mayatnya dirampas oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Selatan pada 14 Ogos mungkin tidak akan dapat menjalankankan upacara terakhir mengikut agama Hindu kerana wanita tersebut telah memeluk Islam.
Penyelidik gesa kaji semula takrif kemiskinan

Penyelidik gesa kaji semula takrif kemiskinan

Ketua felo penyelidik di Institut Kajian Etnik UKM Datuk Dr Denison Jayasooria berkata garis kemiskinan yang lebih realistik perlu diwujudkan untuk membolehkan kerajaan menggubal dasar serta program lebih berkesan.
PAS mungkin bincang isu Nasha 'sepintas lalu'

PAS mungkin bincang isu Nasha 'sepintas lalu'

nasharuddin mat isa Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu mengenai kenyataan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mungkin akan dibincangkan secara sepintas lalu dalam mesyuarat Biro Politik parti itu esok.
PAS rancang seminar perjelas hudud

PAS rancang seminar perjelas hudud

NONE Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata itu bukan sahaja memfokuskan hukum hudud tetapi akan turut membincangkan mengenai perlaksanaan syariah yang lain.
Pensyarah UUM: Janji populis untuk pikat pengundi muda

Pensyarah UUM: Janji populis untuk pikat pengundi muda

"Kereta murah, pemansuhan tol, pendidikan percuma dan gaji minimum RM4,000 bagi setiap keluarga akan mengurangkan beban mereka. Ini satu daripada janji-janji pilihan raya pakatan pembangkang," kata seorang dekan UUM Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Mansor: Gelaran 'tokong' untuk 'sanjung' Guan Eng

Mansor: Gelaran 'tokong' untuk 'sanjung' Guan Eng

dikemaskini Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata laporan berhubung kenyataannya yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai “sombong, angkuh dan tokong” bertujuan "memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP".
Jalan sekitar Dataran ditutup bermula 27 Ogos

Jalan sekitar Dataran ditutup bermula 27 Ogos

Polis Kuala Lumpur berkata, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 6 pagi pada 27 hingga 31 Ogos bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55
BERSIH sasar sumbangan RM250,000

BERSIH sasar sumbangan RM250,000

NONE BERSIH menubuhkan tabung untuk meminta sumbangan orang ramai yang antara lainnya akan digunakan bagi menampung kos oleh mangsa keganasan polis dalam perhimpunan 28 April lalu.
'DAP perlu pertimbang terima anugerah istana'

'DAP perlu pertimbang terima anugerah istana'

NONE WAWANCARA ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata DAP perlu menerima anugerah pangkat dan bintang kebesaran dari istana untuk menangkis tanggapan bahawa parti itu anti-Melayu.