Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiap kali perhimpunan agung tahunan Umno bersidang, penulis- penulis politik tidak melepaskan peluang untuk memasarkan buku terbaru mereka.

Penulis prolifik Syed Hussein Alattas memperkenalkan karya terbarunya Najib Tun Razak vs Kaki Kacau Malaysia .

Manakala Raihan Suleiman Palestin, anak perempuan jaguh Umno yang pernah menawar diri bertanding ketua Puteri, turut memperkenalkan bukunya Ali Rustam vs Muhyiddin .

raihan sulaiman sh alattas book umno agm 2009 270309 Karya penulis veteran dan muda itu masing-masing berharga RM30 dan RM25.

Ketika ditemui Malaysiakini di Restoran Riverside, yang berada di tingkat bawah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Syed Hussein berkata beliau cukup gembira dapat menjual bukunya tanpa sebarang sekatan kali ini.

Katanya, lebih popular dipanggil Pak Habib, bukunya setakat semalam telah terjual kira-kira 1,000 naskhah.

Sementara Raihan, yang berada di sisi kiri penulis dari Janda Baik, Pahang berkata bukunya terjual kira-kira 500 unit.

Di gerai Melaka Bandaraya Bersejarah, buku-buku hasil karya ketua menterinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut dijual.

raihan sulaiman sh alattas book umno agm 2009 270309 political books Lima buah buku hasil tangan Mohd Ali - yang dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno - dipamerkan termasuklah Melaka: Abad ke-21 dan Cabaran & Masa Depan Orang Melayu, Orang Islam .

Masing-masing berharga RM120 dan RM50.

Hidup Melayu Bersatu pula ditulis oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang tidak terpilih sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.

Ia diterbitkan dalam dua edisi, kulit keras berharga RM70 dan kulit biasa RM40.

Seiring dan Sejalan karya Hatta al-Mukmin dan sebuah novel politik bertajuk Hantu Politik yang ditulis oleh Raja Ahmad Niza turut dijual.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS