BERITA

Datuk Kamarul tewas di Teluk Kemang

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 27 Sep 2010, 2:33 pagi

Ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas gagal merebut jawatan ketua PKR cabang berkenaan dalam pemilihan hari ini.

Beliau tewas kepada pemangku jawatan tersebut, M Ravi yang juga ADUN Port Dickson.

Dalam pemilihan hari ini, Ravi mendapat 279 undi.

NONE Kamarul Baharin yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendapat 135 undi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ravi berkata pemilihan hari ini hanya merupakan "pertandingan bersifat kekeluargaan'.

"Saya tidak ada salahfaham dengan Datuk Kamarul... hari ini, esok dan lusa... kawan tetap kawan," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.