Pertandingan merebut empat jawatan naib presiden PKR dijangka sengit dengan 17 calon akan berentap untuk merebut empat jawatan dalam parti itu.

Pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh dan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar menjadi antara yang terawal mengumumkan hasrat untuk bertanding naib presiden.

acceptance of nomination pkr headquarters dr xavier Jayakumar Selain kedua-dua mereka pemimpin lain yang menyatakan minat sejak awal pagi ini adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang Yahya Shaari.

Fuziah, ketika menyampaikan ucapannya, berkata beliau menerima pencalonan dari cabang dengan penuh rasa rendah diri dan berjanji akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya jika terpilih.

"Saya tahu tuan-tuan tidak minta apa-apa daripada saya. Tapi tuan-tuan dan puan-puan mahu saya mencari suara dan jadi obor kepada perjuangan kita," katanya.

Fuziah juga turut mengucapkan terima kasih kepada cabang cabang yang mencalonkannya.

acceptance of nominations pkr headquarters inside Katanya, beliau menerima lebih daripada 100 cabang.

Yahya Shari pula berkata beliau akan menggarap dan menggabungkan segala pengalamannya selama ini bermula zaman reformasi untuk menguatkan parti sehingga matlamat mereka berpindah ke Putrajaya.

Keterbatasan diri

Mansor pula berkata beliau, berhasrat untuk memperkasakan parti dan rakyat dan optimis akan memenangi jawatan tersebut.

Beliau memeprolehi 53 pencalonan dari seluruh cabang di seluruh negara.

Bekas naib presiden - Tian Chua dan bekas pengarah komunikasi PKR - Jonson Chong juga menawarkan diri masing-masing.

Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang menolak pencalonan bagi jawatan timbalan presiden memilih untuk bertanding merebut jawatan nombor tiga parti.

"Saya percaya setiap seorang calon yang layak akan melakukan sebaik mungkin untuk memperbaiki dan memperkukuhkan parti. Dalam ruang dan keterbatasan yang saya ada, saya fikir inilah jalan terbaik buat saya buat masa ini.

"Saya fikir, tidak kira jawatan apa pun yang kita pertandingkan, yang penting adalah kesetiaan dan keikhlasan kita demi perjuangan parti," katanya.

acceptance of nomination pkr headquarters inside tent Naib presiden, R Sivarasa juga menerima pencalonan bagi mempertahankan jawatannya.

Sebelum ini, seorang penyandangnya Dr Lee Boon Chye memilih tidak mempertahankan jawatan naib presidennya itu meskipun selesa dengan lebih 40 pencalonan.

Dr Lee yang juga ahli parlimen Gopeng berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memfokuskan tugasnya sebagai wakil rakyat dan ketua cabang di situ.

'Pandangan kita tak didengar'

Di Kota Kinabalu, seorang lagi naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mengumumkan menolak pencalonan bagi mempertahankan jawatan itu menjelang pemilihan parti, bulan depan.

NONE Sambil merakamkan penghargaan kepada 40 pencalonan yang diterimanya, beliau menyifatkan jawatan itu tidak membawa banyak makna "kerana tiada orang mendengar pandangan kita.

"Saya pernah menjadi naib presiden kebangsaan dan saya lihat tidak ada gunanya pada usia sedemikian saya memegang jawatan yang agak junior dan tidak mempunyai kuasa dan terus berdepan dengan keadaan di mana tidak ada siapa mendengar cakap anda," katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi beliau sekarang membuktikan bahawa beliau boleh berbuat sesuatu untuk mengubah kerajaan. 

Jeffrey juga berkata beliau akan terus memberi fokus memperjuangkan hak, keadilan dan autonomi untuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan Jeffrey itu menjadikan anggota pimpinan pusat dan ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah satu-satunya calon dari Sabah bertanding untuk jawatan itu.  

Berikut senarai yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan

Naib presiden (4 jawatan)

Abdullah Sani Abdul Hamid

Ansari Abdullah

Baru Bian

Dominique Ng

Fuziah Salleh

N Gobalakrishnan

Jimmy Donald

Jonson Chong

S Manikasavagam

Mansor Othman

Mohd Yahya Sahri

Nurul Izzah Anwar

R Sivarasa

Suresh Kumar Ramachandran

Tian Chua

Dr Xavier Jayakumar

Yusmadi Yusoff