Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebuah entiti baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan mengkaji kemungkinan menghasilkan tenaga nuklear bagi keperluan tenaga negara.

NONE Penubuhan firma itu yang akan dikenali sebagai Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia atau Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC), diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri  Minister Najib Abdul Razak pagi ini di Putrajaya.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggembleng tenaga bagi memenuhi permintaan masa depan dan mempelbagai campuran tenaga bagi Semenanjung Malaysia.

Beliau juga menamakan Mohd Zamzam Jaafar sebagai ketua pegawai eksekutif perbadanan itu.

"Dr Mohd Zamzam mengetuai perancangan berdasarkan tempoh jadual masa pembangunan semasa antara 11 hingga 12 tahun daripada pra-projek sehingga pentaulihan," kata Najib.

NONE Pada taklimat kepada media, hari ini, Najib juga mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu.

Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober, 2010.

RM10 bilion aset

Semua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga, katanya.

NONE Menurut perdana menteri, ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, bersama-sama dengan rakan kongsi kontrak pengeluarannya, Petronas Carigali Sdn Bhd, merancang melabur lebih RM10 bilion dalam aset minyak dan gas bagi membantu memastikan bekalan yang andal dan mampan bagi Malaysia.

Ini merupakan kesinambungan dari pengumuman insentif cukai baharu di bawah Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) pada November 2010, kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

"Komitmen perbelanjaan modal ini akan digunakan bagi memberi nafas baharu terhadap kemudahan yang matang dan melaksanakan usaha meningkat aktiviti pengeluaran minyak di medan Tapis dan projek pembangunan gas Telok, katanya.

NONE Projek Telok, yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia, sedang dibangunkan di bawah satu kontrak perkongsian pengeluaran bagi menyediakan bekalan tambahan bagi keperluan kuasa dan perindustrian Malaysia dan akan menggalakkan pertumbuhan organik sektor gas asli, katanya. 

Najib berkata satu lagi peserta besar dalam industri ini, Shell Malaysia akan turut melabur RM1.5 bilion di segi pelbagai projek bagi menaik taraf, mengembangkan dan membina kemudahan di dalam aktiviti hiliran, pertengahan dan huluan di seluruh Malaysia.

Loji lilin

"Ini termasuk mengembangkan loji lilin Sintesis Penyulingan Pertengahan Shell (MDS) di Bintulu, satu unit pemprosesan diesel yang baharu di Kilang Penapisan Shell di Port Dickson dan pembangunan air dalam Gemusut di luar pesisir Sabah," katanya.

NONE Aktiviti selanjutnya dalam sektor ini akan menyaksikan Dialog Group Bhd mengetuai satu konsortium yang terdiri daripada kerajaan Johor dan Vopak akan membangunkan satu projek terminal petroleum air dalam bebas RM5 bilion di Pengerang, Johor, katanya.

Najib berkata projek ini akan mempunyai keupayaan penyimpanan petroleum keseluruhan 5.0 juta meter padu dan melonjakkan Malaysia sebaris dengan hab penyimpanan minyak serantau.

"Saya menjangka satu kesan penggandan yang signifikan dari projek Pengerang untuk merangsang keseluruhan ekonomi dan di bawah ETP, ia dijangka menjana pendapatan negara kasar RM1.6 bilion menjelang 2020," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS