Diasaskan sebagai universiti ‘premier’ dengan Massachusetts Institute of Technology dijadikan rakan kongsi pada 2001, Malaysian University of Science and Technology (MUST) kini bergelut bagi mempertahankan kewujudannya.

Tetapi bagi ketua pegawai eksekutifnya, Leong Choon Heng, yang mengambil-alih kira-kira tiga bulan lalu, cara menyelamatkan universiti swasta utama itu adalah dengan “pemasaran yang aggresif”.

NONE "Pengurusan sebelum ini menggunakan pendekatan atau model yang salah. Kami mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti pada harga yang menarik tetapi tidak ramai yang mengetahuinya... Kami mempunyai geran untuk penyelidikan tetapi tida pelajar yang melakukannya, “ katanya pada satu wawancara baru-baru ini.

Malaysiakini menghubungi Leong setelah dimaklumkan MUST mengalami masalah kewangan di sebalik mendapat geran kerajaan RM100 juta secara ansuran sepanjang tahun 2001 hingga 2006.

Antara yang menghantui MUST adalah kurangnya pelajar yang berkelayakan menyertai program asas atau persediaan ke peringkat ijazah.

azlan Leong berkata kesilapan berlaku apabila matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi SPM dianggap sebagai matapelajaran sains.

Akibatnya, pelajar-pelajar ini ditolak oleh institusi lain apabila mereka memohon untuk melanjutkan pelajaran dan ini menyebabkan MUST berdepan dengan isu akreditasi.

"Ini satu kesilapan. Kita telah menerima sebahagian daripada pelajar-pelajar ini ke program ijazah kami dan saya juga berjaya meyakinkan beberapa institusi bagi memberi mereka peluang. Hanya beberapa pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi tertentu yang menghadapi masalah,” katanya.

Hasilnya, universiti berkenaan masih belum mendapat lesen bagi mengendalikan program asas atau persediaan daripada kementerian pengajian tinggi tetapi Leong berkata beliau difahamkan bahawa ia akan diberikan tidak lama lagi.

[Baca berita penuh]