Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang seringkali dibidas tetapi mengakui bahawa model untuk membina kelas perniagaan  bumiputera itu telah gagal.

NONE Bercakap dalam syarahannya di Universiti Tun Abdul Razak, Daim berkata pada hakikatnya DEB adalah usaha murni dengan matlamat yang logik.

Daim berkata apabila negara mencapai kemerdekaan, dasar pecah dan perintah yang diamalkan British menyebabkan jurang pendapatan dan etnik yang sebegitu luas dan memerlukan penstrukturan semula menerusi DEB.

“Aspirasi ekonomi etnik menjadi faktor penting dalam membangunkan dasar ekonomi negara. DEB (bertujuan) mengembangkan ekonomi dan memberi manfaat kepada semua kumpulan etnik.

"Melayu dan bumiputera (yang terdiri daripada 60 peratus penduduk) adalah dominan dari segi politik. Sesebuah parti politik yang tidak sensitif terhadap kumpulan itu tidak boleh berharap untuk memerintah negara.

new economic policy nep “Sesetengan DEB wujud di tempat lain, di Amerika Syarikat, ia dinamakan dasar afirmatif... bagi membantu kumpulan berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan serantau. Tidak ada salah bagi membasmi kemiskinan dan jurang pendapatan.

“Ia adalah usaha murni dan kita tidak sepatutnya memohon maaf mengenainya. Ia mempengaruhi semua lapisan masyarakat (tanpa mengira kaum) sama ada secara langsung mahupun tidak,” katanya sambil menambah perangkaan kemiskinan hari ini berbanding 1970-an adalah bukti sebahagian daripada kejayaan DEB.

[Baca berita penuh]

ADS