Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar'

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.

abdul rashid abdul rahman Malah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya.

Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang  mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".

Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini , terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

NONE Katanya, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh". Tindakan itu, menurut beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah.

[Baca berita penuh]