Dr M pertahan undang-undang ISA
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus mempertahankan bahawa ISA merupakan undang-undang yang "bagus" walau undang-undang baru untuk menggantikan peruntukan itu telahpun dibawa ke Dewan Rakyat.
Katanya, ISA digunakan sebelum ini kerana berlaku perkara tertentu yang menjejaskan kestabilan negara.
Tambahnya, ISA merupakan undang-undang yang "bagus" kerana membendung ancaman yang berpotensi mengancam negara.
Beliau mengambil contoh negara Amerika Syarikat yang mengkritik ISA tetapi kini menggunakan undang-undang yang menurutnya "lebih teruk daripada ISA."
"Mereka membenarkan penahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay, sehingga 10 tahun dan membenarkan penyeksaan," katanya.
Bagaimanapun, ditanya mengenai kamampuan undang-undang baru itu dalam membendung ancaman keselamatan, Mahathir berkata beliau belum mengkaji undang-undang tersebut.

