Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dokumen buktikan George Kent bohong, kata Rafizi

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syarikat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan untuk projek sambungan LRT Ampang.

NONE Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, dalam surat bertarikh 20 Januari, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar menyatakan bahawa Konsortium George Kent - yang turut melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa, Wijet dan Thales -  "gagal dalam penilaian kewangan".

Surat tersebut, yang mana salinannya disertakan bersama kenyataan Rafizi, secara khusus menyebut bahawa George Kent-Lion Pacific Venture "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan mendapati George Kent tidak memenuhi syarat-syarat kontrak, kata Rafizi.

azlan Sementara itu, Pengarah eksekutifn George Kent Ir Dr Cheong Thiam Fook dalam kenyataannya petang ini tetap berpegang pada pendiriannya bahawa mereka yakin 100 peratus projek itu akan diselesaikan berdasarkan kos dan tempoh ditetapkan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas gesaan yang mahu maklumat kerajaan berkaitan tender itu didedahkan kerana tidak terlibat dengan proses kerahsiaan kerajaan dan dokumennya.

"George Kent ingin menegaskan pihaknya sedang menumpukan sepenuhnya usaha untuk menyiapkan projek itu menurut tahap ketelusan dan urus tadbir yang diharapkan daripada sebuah syarikat tersenarai awam," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS