Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau "sememangnya mahu" kerajaan merayu keputusan mahkamah yang memihak kepada Malaysiakini berhubung permit untuk menerbitkan akhbar.

Sememangnya KDN akan berjumpa dengan (peguam negara dalam isu ini). Secara peribadi saya ingin melihat hal ini dirayu tapi bukan saya yang membuat keputusan akhir.

"Jika ada maklumat yang peguam negara perlukan dari KDN, kami akan bekerjasama rapat dengan mereka," katanya lagi kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.