Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Tak benar M'sia tak kerjasama dengan ICAC

Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak dakwaan bahawa  Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong menutup siasat ke atas sumbangan politik RM40 juta yang didakwa diseludup ke Malaysia selepas pihak berkuasa negara ini tidak memberi kerjasama.

Katanya, rasuah merupakan perkara merentasi sempadan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) "bekerjasama rapat" dengan ICAC.

NONE Jelasnya, dakwaan itu "tidak benar" kerana kedua-dua agensi berkenaan perlu bekerjasama.

"Mereka perlu bekerjasama sepenuhnya kerana (SPRM) tidak tahu bila merka perlu bantuan (ICAC)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Laman pendedah maklumat Sarawak Report sebelum ini mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "menafikan kerjasama antara negara dengan ICAC, seterusnya menyebabkan siasatan Hong Kong itu berakhir selepas tempoh tiga tahun berakhir pada 2011".

Mengulas dakwaan itu, Nazri berkata dakwaan itu tidak disokong bukti dan hanya satu fitnah.

Dakwaan itu tidak harus dipandang serius, melainkan sekiranya ia datang daripada ICAC sendiri, katanya.

Menteri itu juga berkata, terpulang kepada pihak berkuasa Hong Kong sama ada ingin membuka semula kes melibatkan ahli perniagaan Michael Chia.

Anak Mohamed Nazri sebelum ini didakwa memandu kereta mewah milik Chia – satu dakwaan yang dianggap menteri berkenaan sebagai perkara yang tiada konflik kepentingan.

[Baca berita penuh]

ADS