Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau masih lagi mempertimbangkan untuk hadir jemputan rumah terbuka kumpulan pendidikan Cina Dong Zong sempena sambutan Tahun Baru Cina.

"Saya masih lagi mempertimbangkannya," katanya ringkas dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Dilaporkan kumpulan Dong Zong menjemput Najib yang juga presiden Umno hadir ke rumah terbukanya di Pusat Pendidikan Tinggi mereka di Jalan Bukit, Kajang pada 17 Februari ini.

Langkah menjemput Najib dikatakan tindakan yang jarang dilakukan oleh kumpulan tersebut, dan dilihat sebagi satu langkah besar untuk mengharmonikan hubungan mereka dengan kerajaan.

Ia merupakan kali pertama dalam tempoh 50 tahun pemimpin utama di negara ini dijemput secara rasmi dalam majlis Dong Zong.

Rumah terbuka itu akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan dijangka akan dihadiri 2,000 hingga 3,000 tetamu.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno, Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada suluruh rakyat Malaysia berketurunan Tiong Hua.

Sementara itu, wartawan Malaysiakin i tidak dibenarkan membuat liputan sidang khabar perdana menteri hari ini. Bagaimanapun, Malaysiakini mendapatkan rakaman audio sidang media tersebut. 

ADS