Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lahad Datu: Operasi kilang penapis minyak sawit tak terjejas

Ketika pasukan keselamatan melancarkan gerakan memburu penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, kilang penapis minyak kelapa sawit di Lahad Datu mendakwa operasi mereka tidak terjejas.

"Ia berjalan seperti biasa tetapi kami akan terus memantau keadaan untuk menilai keselamatan pekerja kami," kata seorang pegawai Kuala Lumpur Kepong kepada KiniBiz hari ini.

Difahami tidak ada masalah akses untuk ke ladang berkenaan, walaupun lori yang mengangkut minyak sawit mentah ke pelabuhan, terpaksa mengambil jalan yang lebih jauh kerana sekatan jalan keselamatan.

"Bagaimanapun, tiada ada sebarang gangguan," kata pegawai itu.

Syarikat kilang penapis lain ialah Kwantas Corp dan Wilmar International. Kilang penapis Wimar adalah usahasama dengan TSH Resources. Ketiga-tiga kilang penapis itu mempunyai kapasiti pengeluaran 1.8 juta tan setahun.

AmResearch berkata kilang TSH/Wilmar, yang terletak di Kunak, "tidak terjejas dengan gerakan pasukan keselamatan itu. Penceroboh bersenjata telah dikesan di Kunak awal minggu ini.

Begitu juga dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dilaporkan semalam sebagai berkata bahawa kilang penapis berkenaan tidak akan terjejas kerana mereka terletak di bandar dan jauh dari tempat kejadian.

Ini menjelaskan laporan Reuters s emalam bahawa kilang penapis minyak sawit Malaysia yang terletak berhampiran tempat kejadian "sedang bersedia untuk menghentikan operasi jika keganasan berterusan".

[Baca berita Penuh di KiniBiz]

ADS