Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menyerahkan 3,000 kad ucapan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mendesak supaya tahanan ISA dibebaskan.

NONE Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya turut menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin antaranya menuntut kerajaan menimbang menubuhkan suruhanjaya untuk mengembalikan keadilan kepada tahanan seperti bayaran pampasan kepada mangsa. 

Majlis ini (serah kad ucapan) merupakan acara kemuncak sejak dilancarkan tahun lalu. Kita menyerahkan kepada kementerian sebagai menunaikan amanah rakyat.

"Kita berharap akan ada reaksi daripada kerajaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Syed Ibrahim berkata beliau percaya ada di kalangan rakyat Malaysia yang menghantar terus kad ucapan tersebut kepada Hishammuddin.

NONE Menurutnya, kad yang ucapan yang diisikan dalam satu kotak dan memorandum tersebut diserahkan kepada seorang pegawai di bahagian keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya  kira-kira 12.15 pagi tadi .

"Secara faktanya ISA telah dimansuhkan selepas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 digazetkan. Tetapi ramai yang ditahan menjadi mangsa (dengan akta ISA itu)," katanya sambil mendakwa terdapat 22 lagi individu yang ditahan bawah akta ISA.

Kira-kira 20 penyokong hadir sewaktu penyerahan kad dan memorandum tersebut. Sebelum itu mereka mengadakan bacaan sajak dan taklimat sebelum penyerahan dibuat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS