Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita Pakatan ragui keikhlasan dalam manifesto BN

Wanita Pakatan Rakyat meragui keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenuhi janji dalam manifesto BN termasuk menubuhkan pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Seorang pemimpin dalam Wanita Pakatan Teo Nie Ching berkata kerajaan malah masih belum memenuhi tuntutannya untuk menubuhkan pusat asuhan anak di bangunan parlimen – khusus bagi kakitangan dan ahli parlimen.

pakatan wanita manifesto 070413 01 "Tetapi selepas setengah tahun, kita tengok di parlimen masih tidak ada fasiliti ini. Sekarang Datuk Seri Najib cakap nak tubuh 1Care Centre di seluruh Malaysia.

"Saya nak tanya berapa ikhlas beliau nak buat tawaran ini. Saya dan (penyandang kerusi) parlimen Lembah Pantai, pernah membuat cadangan ini, tapi tidak diberi kepentingan," kata setiausaha Wanita DAP itu dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Najib juga mensasarkan untuk mencapai kadar guna tenaga wanita mencecah sehingga 55 peratus pada 2015 berbanding 46 peratus pada tahun ini.

"Dalam tempoh dua tahun... Adakah ini realistik?... Ini satu janji daripada BN. Kalau satu janji ini tidak ditepati, kita nak tanya, boleh percaya ke kepada tawaran-tawaran lain," katanya.

Dlam sidang media yang sama, naib ketua Dewan Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi turut mempersoalkan kemampuan BN untuk melaksanakannya memandangkan peruntukan Bajet 2013 kepada Kementerian Pembangunan Wanita sebanyak kira-kira RM50 juta.

Sedangkan, katanya, jumlah wanita di seluruh negara berjumlah kira-kira 14 juta.

"Jadi apa yang ditawarkan dalam bajet dan tawaran dalam manifesto mereka, tidak mungkin menjadi kenyataan," katanya sambil menambah beliau tidak mengikuti lagi kandungan manifesto BN.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah timbalan ketua Wanita PKR Rodziah Ismail, ialah timbalan ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

ADS