Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar menafikan telah menggelar setiausaha politik baru Lim Kit Siang - Dyana Sofya Mohd Daud - sebagai "pengkhianat bangsa dan UiTM" di Twitter.

NONE Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Sahol (kiri) berkata beliau tidak mungkin dapat menulis tweet tersebut kerana beliau

sedang menghadiri ceramah bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa apabila ia disiar menggunakan Twitter @datosahol pada kira-kira jam 1.40 tengahari ini.

Mengesahkan bahawa beliau memang ada akaun Twitter, Sahol bagaimanapun berkata, ia tidak mengejut jika akaun itu telah digodam.

NONE Malah, katanya, akaun Facebook beliau pernah digodam sebelum ini.

Dalam posting tersebut, pengguna @datosahol menjawab kepada mereka yang merujuk kepada Dyana dengan berkata: "Inilah Contoh terbaik pengkhianat bangsa dan UiTM."

Ini sebagai menjawab perbualan yang dimulakan oleh blogger Umno Yuseri Yussoff, di mana beliau menyarankan supaya satu perdebatan diadakan antara pelajar UiTM dan Dyana, seorang alumni universiti tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS