Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, sebagai bukti bahawa tidak ada "apa yang hendak disembunyikan" dalam daftar pemilih.

Dengan berbuat demikian, katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi boleh memberi jawapan yang "tidak memuaskan" mengenai daftar pemilih dan akan perlu membuktikan ia adalah bena-benar bersih seperti yang ditegaskan.

Masalah dengan Seksyan 9A, tegas Ambiga, ialah ia menjadikan SPR sebagai penjaga tunggal daftar pemilih.

Katanya apabila isu tentang daftar pemilih dibangkit, SPR boleh memberi jawapan yang tidak memuaskan.

"Kita tidak boleh bawa ke mahkamah," katanya, sebelum menyokong dan melancarkan kempen di talian "Mansuhkan 9A" yang diterajui oleh tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen hari ini.

[Baca berita Penuh]