Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

NGO Komas akan mengeluarkan notis tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana "melabelkan tiga (anggotanya) sebagai militan", kata pengarahnya Tan Jo Hann.

Tan berkata, Utusan bertindak demikian pada 9 Julai dalam artikel berhubung penahanan tiga anggota Komas semasa NGO itu menganjurkan penayangan filem No Fire Zone pada 8 Julai.

"Kami ada (petikan) laporan dalam tangan kami sekarang dan kami akan memulakan tindakan undang-undang. Kami pasti akan menyaman mereka," katanya.

Dalam versi atas taliannya, Utusan berkata, ketiga-tiga mereka "dipercayai penyokong militan antarabangsa, Barisan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)".

Tan berkata demikian kepada Malaysiakini selepas dua jam disoal siasat oleh Kementerian Dalam Negeri di Unit Penguatkuasaan dan Penapisan di Kuala Lumpur, berhubung penglibatan Komas dalam tayangan filem yang diserbu kementerian itu.

Kementerian menyiasat tayangan itu bawah Akta Penapisan Filem 2002.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS