Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya siasatan diraja berhubung imigran tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu bahawa tiada sebarang tindakan dijalankan susulan laporan dan memorandum oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diserahkan kepada perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Naib presiden PBS Datuk Radin Malleh berkata parti itu menghantar memorandum berhubung isu tersebut kepada Abdullah ketika satu delegasi diketuai presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menemui perdana menteri pada 2007.

"Presiden meminta perdana menteri menyiasat dakwaan tersebut, membentuk RCI dan apabila kad pengenalan yang dikeluarkan secara haram itu dikenalpasti, ia diselesaikan dengan membatalkan kad pengenalan dan menghantar individu terbabit pulang ke negara asal mereka,” kata Radin.

Ditanya sama ada apa-apa tindakan telah diambil susulan memorandum tersebut, Radin yang menjadi setiausaha agung PBS pada masa itu berkata: “Tiada tindakan sehingga hari ini”.

Beliau memberi jawapan sama ketiak ditanya mengenai laporan polis serta laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (pada masa itu), Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya berhuung isu sama.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS