Muhammad Nedim, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kini disenaraikan di laman web kementerian sebagai pegawai khas di kawasan Parlimen bapanya, dan bukan di kementerian.

Sebelum ini ia disenaraikan sebagai "pegawai khas" dalam direktori kakitangan.

Nedim kini disenaraikan sebagai "Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan Gen Y)".

Nazri pada 15 Ogos berkata, anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acaranya untuk berhubung dengan pengundi muda di kawasan Parlimen itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Nedim yang didakwa beberapa pihak sebagai perbuatan nepotisme.

[Baca berita penuh]