SPRM mahu bantuan Perancis dalam siasatan Scorpene
Diterbitkan: Aug 21, 2013 2:59 PM | Dikemas kini: Aug 21, 2013 3:02 PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memohon untuk menggunakan Akta Bantuan Guaman Bersama (MLA) bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa Perancis dalam siasatan terhadap pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Menurut MP PKR Subang, R Sivarasa, perkara itu telah dijelaskan kepada ahli Parlimen PKR semasa pertemuan mereka dengan pegawai SPRM di Kuala Lumpur hari ini.
"Siasatan (SPRM) sedang berjalan... Bagaimanapun, untuk menggunakan MLA, mereka perlu melalui Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

