Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tahukah kamu tidak menghormati lagu kebangsaan boleh dipenjarakan?

Menurut Akta Lagu Kebangsaan 1968, gagal berdiri untuk menghormati lagi Negaraku yang sedang berkumandang boleh didenda RM100 atau lebih buruk, merengkok sebulan dalam penjara.

Bagaimanapun, David Matthew, peguam yang mempunyai kepakaran khusus dalam undang-undang pentadbiran berkata, berdiri sahaja tidak cukup untuk membuatkan kamu selamat.

Katanya, Seksyen 8(2) akta itu menyebut menunjukkan rasa tidak hormat pada lagu kebangsaan dan tafsirannya meluas seperti melambai tangan, menyilangkan kaki atau sambil makan ketika Negaraku dikumandangkan.

"Ini juga boleh dianggap tidak hormat... Peruntukan ini luas," katanya kepada Malaysiakini .

Beliau diminta mengulas berhubung akta yang kurang diketahui itu, yang mungkin dikenakan terhadap penonton panggung wayang antara 28 Ogos hingga 3 September ini.

Kerajaan memutuskan mengumandangkan lagu Negaraku dalam semua panggung wayang seluruh negara sempena sambutan kemerdekaan.

[Baca berita penuh]

ADS