Komuniti perniagaan Cina gesa bendung jenayah
Diterbitkan: Aug 26, 2013 12:04 PM | Dikemas kini: Aug 27, 2013 7:38 AM
Komuniti perniagaan Cina mendesak kerajaan untuk meningkatkan langkah-langkah bagi membendung peningkatan jenayah kerana ia memberi kesan buruk kepada perniagaan.
Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) Lim Kok Cheong (
kanan
) berkata, fenomena itu menakutkan pelabur, sekali gus pelanggan tempatan.
"Ia membuatkan orang rasa takut dan tidak membuat pelaburan. Malah orang kita sendiri tidak keluar pada waktu malam," katanya kepada pemberita hari ini.
"Kerajaan harus mengambil langkah yang perlu; kini terdapat senjata api di mana-mana."

