Penyelaras Program Pusat Komas Lena Hendry dijangka dituduh di mahkamah esok kerana menayangkan dokumentari berkaitan perang saudara di Sri Lanka No Fire Zone: In the Killing Fields on Sri Lanka Julai lalu.
Lena berkata, beliau diarahkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk didakwa, dipercayai bawah Akta Penapisan Filem 2002.
"Tiga orang telah disiasat berhubung perkara itu tetapi hanya saya dipanggil untuk pendakwaan," kata Lena (
gambar kiri, di kanan sekali
) kepada
Malaysiakini
semalam.
Turut ditahan ketika Kementerian Dalam Negeri menyerbu lokasi tayangan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara pada 8 Julai lalu, penyelaras Komas Anna Har dan Arul Prakash.
Dokumentari penyiasatan itu antaranya mendedahkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Tamil dalam perang saudara di negara itu.
Laporan mengaitkan anggota Komas dengan pengganas Tamil Elam. Pusat itu bagaimanapun menafikannya.
