Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ULASAN Saya bertugas membuat liputan majlis penghormatan terakhir mendiang Chin Peng dan pada hari kedua tugasan, saya bangun tidur pada waktu pagi dengan lagu L'Internationale bersenandung dalam kepala.

chin peng funeral 230913 last respect Digubah oleh golongan kiri Perancis, lagu rasmi golongan sosialis itu dimainkan secara berterusan setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 8.30 malam.

Secara tidak langsung, ia menjadi runut bunyi tugasan saya selama empat hari di kota Bangkok.

Selama empat hari jugalah saya berpeluang mengalami kembara empat dunia - menyelesaikan tugasan di sebuah kompleks kuil mega di daerah perniagaan Bangkok dan berada dalam sebuah filem propaganda komunis dengan topi Bolshevik dan Mao Tse-tung yang dimainkan secara berulang-ulang.

NONE Pada masa sama, saya juga berada di satu majlis perjumpaan orang-orang tua.

Hadirin majlis itu dihidangkan dengan air teh, kuih-muih dan aiskrim dan pada masa sama majlis itu merupakan kelas sejarah satu tempat yang dikenali sebagai tanah air saya, tetapi kedengarannya begitu asing.

Guru-guru saya adalah lelaki dan perempuan dengan rambut yang semakin menipis dan pandangan mata yang seolah-olah seperti sentiasa tersenyum.

NONE Mereka ini walaupun tua, tetap mampu berjalan tegap dengan langkah yang santai.

Mereka juga bercakap dengan saya dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin (menerusi penterjemah).

Dalam satu lagi dunia yang berbeza - di tempat asal saya iaitu Kuala Lumpur yang hanya dua jam jaraknya dengan kapal terbang - mereka ini dikenali sebagai 'pembunuh kejam yang dahagakan darah'.

Di sini, orang-orang ini, makcik dan pakcik, pada Hari 2, menyediakan pek makanan halal terutama untuk saya, satu-satunya wartawan Muslim yang membuat liputan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Mereka tidak sentiasa baik dan bertolak ansur. Pada hari pertama, seorang wanita dari pihak penganjur, memalingkan mukanya dan berkata: "Tidak! Tidak! Tidak! media Malaysia, tidak!" apabila saya bertanya nama seorang pengunjung VIP Thailand yang saya tidak kenali.

NONE Kemudian, wanita yang sama mencari saya dan menunjukkan perkara-perkara penting yang berlaku semasa upacara mengikut

agama Buddha, dan nampaknya kesangsian serta rasa marahnya sudah reda.

Dalam cara yang sama, beberapa orang mendekati saya dan bertanya sama ada saya Aidila Razak dari Malaysiakini yang menulis artikel itu dan ini. Dilanda rasa bimbang mereka boleh jadi marah tentang apa yang saya telah tulis, dengan selamba berkata "Ya", dan mereka terus bersalaman dengan saya atau melemparkan senyuman.

Selama empat hari, keluarga dan rakan-rakan Chin Peng yang setia berada di sekitar kawasan kuil, duduk dekat dengan mayatnya, menyediakan cenderahati untuk tetamu dan melayan mereka yang datang berkabung.

chin peng memoir my side of history Membincangkan mengenai liputan pada Hari 1, saya dan rakan setugas saya bersetuju bahawa jika tanpa kehadiran wartawan, ia pastinya akan merupakan satu upacara pengebumian biasa.

Chin Peng mungkin mahu begitu, kata anggota keluarganya. Mendiang adalah seorang yang suka bersendirian, sehinggakan ada anggota keluarganya yang tidak tahu di mana rumahnya, dan hanya bertemu dengannya di restoran atau hotel di Bangkok, bandar di mana dia hidup dalam buangan sehingga ke akhir hayatnya.

Anak saudara yang menjaganya sehingga nafasnya yang terakhir, dan saudara maranya yang mengadakan upacara pengebumian tersebut mungkin tahu, tetapi mereka menyimpan baik-baik maklumat tersebut.

Apabila mayatnya dipindahkan ke dalam keranda di kuil, anggota keluarganya berdiri di sekelilingnya untuk menghalang jurugambar, melindunginya walaupun dia sudah tiada bernyawa. Mereka turut melindungi anak lelaki Chin Peng dengan cara yang sama.

(Secara peribadi, saya berasa lega kerana petugas media yang sempat merakamkan foto mayat Chin Peng, tidak menyiarkannya. Saya merasa lebih lega lagi apabila semua wartawan yang hadir, memenuhi permintaan keluarga tersebut supaya menghormati privasi anak lelakinya.)

Apa yang menjadi inspirasi kesetiaan dan kasih sayang itu?

Seorang rakan seperjuangannya, yang kini berkerusi roda, meminta dibangunkan dari kerusinya supaya dia boleh tunduk dengan betul untuk memberi penghormatan terakhir kepada Chin Peng, yang dibaringkan dalam keranda selama tiga hari sebelum upacara pembakaran dilakukan.

[Baca ulasan penuh]

ADS