'Jangan fikir Australia tunduk pada kamu, Anwar'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak patut berharap kerajaan Australia akan memenuhi kehendaknya dengan membuat kenyataan menyebelahi ketua pembangkang itu, kata menteri dalam negeri.
"(Anwar) tidak boleh nyatakan pandangan peribadi atau politik dan kemudian berharap mereka akan penuhinya.
"Pada pandangan saya, kita patut sesuaikan keadaan dalam negeri dan tidak harap mereka akan sesuaikan dengan diri," kata Datuk Seri Zahid Hamidi kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Anwar memberitahu media Australia bahawa beliau "jijik" dengan kerajaan Australia yang tidak mengambil tindakan lebih tegas terhadap dakwaan siswa Malaysia bahawa mereka dilarang daripada menghadiri majlisnya.
PKR pada 16 Oktober lalu menuntut penjelasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang didakwa menghalang mahasiswa Australia daripada menghadiri program berkaitan demokrasi dan perbezaan pendapat bersama Anwar.

