Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan bahawa pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Ridhuan Tee Abdullah mengajar tentang pembersihan etnik di pusat pengajian tinggi itu.

NONE Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Rahim Bakri ( kiri ) bagaimanapun berkata, semua pihak mesti berlaku adil kepada golongan pensyarah sama ada pengajarannya bertujuan menghasut atau hanya mendedahkan fakta kepada pelajar.

"Jadi kita harus berlaku adil pada dakwaan tersebut kerana setahu saya semua pensyarah universiti yang kita rekrut dalam universiti ini adalah mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan cukup tinggi," katanya.

"Kalau mereka dedah... berdasarkan fakta-fakta saya fikir bukanlah bersifat hasutan. Kita akan siasat perkara ini jika ada (berlaku) kita akan maklumkan hasil siasatan kita," katanya.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebelum itu membuat dakwaan itu, tindakan yang menurutnya mungkin memberi pengajaran menyeleweng kepada pelajar terlibat.

[Baca berita penuh]