Mega 9, pemaju yang merobohkan sebahagian daripada kampung tradisi Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan untuk projek perumahan, akhirnya bersetuju bertemu penduduk terlibat.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) James Nayagam berkata, perkara itu dipersetujui oleh Pengarah Eksekutif Mega 9 Ng Chee Gong semasa pertemuan sejam dengan pihaknya semalam.

Menurut Nayagam lagi, Suhaja juga mendapat persetujuan negeri supaya pegawai kerajaan dilibatkan sama dalam pertemuan itu, yang tarikh dan masanya akan ditentukan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Suhakam sebelum itu sudah bermesyuarat selama dua jam dengan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Johani Hassan.

"Penduduk tampil kepada Suhakam untuk menyerahkan memorandum berhubung berkata itu dan memberitahu, sekurang-kurangnya mereka mahu bertemu dengan pemaju.

"Jadi kami ambil langkah pertama meyakinkan semua pihak untuk bertemu di meja perbincangan. Suhakam akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan isu ini," kata Nayagam kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]